SALAM MESRA SELAMAT DATANG

Badan Dakwah dan Kerohanian, SM Sains Dungun, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

Tuesday 31 March 2015

Jangan Mengeluh Dalam Menuntut Ilmu





MatWan | 20:02 | In | 0 Comments

Kita sering mendengar pelbagai perumpamaan yang menunjukkan betapa tingginya nilai ilmu. Tidak dinafikan bahawa ilmu itu memang satu perkara yang menjadi keutamaan dalam kehidupan. Tanpa ilmu, tiada apa yang kita peroleh. Ilmu itu disifatkan seperti cahaya. Cahaya yang bakal menerangi segenap ruang dalam kehidupan kita sebagai musafir yang berjalan mencari sesuatu. Jika banyak cahaya yang kita ada, maka makin teranglah masa depan kita. Sebalinya, jika kita hanya ada sedikit sahaja cahaya tersebut, maka samarlah masa depan. Itulah satu hipotesis yang menunjukkan kepentingan ilmu ini.

Didalam al-Quran juga Allah sering meninggikan sifat ilmu ini. Ia terkandung melalui wahyu Allah yang pertama yang menyebut tentang iqra’ (baca). Ia menjadi wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Dari situlah menunjukkan betapa pentingnya ilmu. Allah tidak mengarahkan Nabi Muhammad untuk terus pergi kepada kaumnya atau tidak pula Allah menyuruh Muhammad untuk membuka sebuah negara dengan serta merta. Sebaliknya Allah memerintahkan supaya membaca, iaitu cari ilmu.

Dengan ilmulah kita akan dapat segala apa yang kita mahukan. Tanpa ilmu, mana mungkin seorang mekanik mampu membaiki kereta, seorang doktor mampu merawat pesakit, seorang jurutera mampu membina bangunan-bangunan, dan sebagainya.

Menuntut ilmu merupakan satu tuntutan kepada seluruh manusia. Dalam satu hadis ada menyebut :

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (HR Ibnu Majah)

Jangan mengeluh dalam menuntut ilmu
Menuntut ilmu itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Imam Syafie sering mengingatkan kita supaya terus tekun dalam menuntut ilmu. Salah satu petikan kata-katanya ialah: “Jika kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan tanggung peritnya kebodohan”.

Hari ini ramai pelajar tidak kira disekolah, kolej mahupun di universiti sering mengeluh dalam menuntut ilmu. Tidak dinafikan bahawa apa yang dipelajari setiap hari pastinya mencabar dan kadangkala sukar untuk difahami. Namun, jangan sesekali mengeluh tentang kesukaran tersebut. Hal ini kerana semua ilmu yang kita pelajari itu adalh milik Allah SWT. Seeloknya mohon lah kepada pemilik ilmu tersebut agar dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu.

Ikhlaskan hati untuk menerima ilmu
Keikhlasan adalah komponen yang utama dalam melakukan apa sahaja pekerjaan apatah lagi dalam beribadat kepada Allah. Menuntut ilmu adalah satu ibadah dan ia menjadi perkara yang fardhu kepada setiap muslim. Niat itu penting dalam melakukan perkara tersebut. Justeru, niatkanlah bahawa kita menuntut ilmu ini adalah kerana Allah SWT bukan hanya untuk peperiksaan semata-mata.

Keikhlasan itulah yang akan memandu kita untuk terus berada dijalan yang benar. Apabila kita ikhlas dalam menuntut ilmu, maka walaupun apa jua halangan yang kita hadapi, pasti akan dipermudahkan untuk kita menempuhnya. Dalam menuntut ilmu, betapa sukar pun apa yang kita pelajari, kita akan cuba fahami dan cuba fokus kerana niat kita adalah untuk mendapatkan ilmu tersebut kerana Allah SWT.

Allah naikkan darjat orang berilmu
Ilmu itu merupakan satu hadiah yang amat berharga buat manusia. Orang yang berilmu sering dipandang tinggi oleh masyarakat. Walhal ilmu yang dimiliki oleh kita itu adalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan semua ilmu. Hanya Allah yang memiliki segala ilmu dan hanya Dia lah yang patut di puji kerana setiap ilmu yang dimiliki adalah milik-Nya.




Banyak dalil dari al-Quran dan hadis Nabi menerangkan tentang darjat orang yang berilmu. Antaranya seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut:


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”(surah al-Mujadilah,58: 11)

Allah menaikkan darjat orang yang berilmu dengan beberapa darjat. Jadi lihatlah betapa kasihnya Allah kepada makhluk-Nya yang berilmu. Justeru, ilmu itu merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan kepada manusia dalam mencari redha Allah. 

Mudah-mudahan dengan niat ikhlas kita menuntut ilmu itu akan membawa kita lebih dekat dengan pemilik ilmu tersebut iaitu Allah SWT. Ilmu itu sebenarnya satu jalan menuju redha Allah. Setiap puji hanya lah kepada-Nya yang meminjamkan ilmu-ilmu tersebut kepada kita. Semoga kita semua dipermudahkan dalam menuntut ilmu. J Wallahua’lam...



Credit to:
Http://NelangThinker.blogspot.com
Read more ...

Monday 30 March 2015

Bina Kematangan Dalam Interaksi





MatWan | 21:03 | In | 0 Comments

Manusia berhubung melalui pelbagai medium yang membentuk satu interaksi yang dinamakan komunikasi. Komunikasi amat penting kerana ia merupakan satu cara dalam menyampaikan sesuatu.

Kemunculan medium media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan blog membawa satu dimensi baharu dalam hubungan interaksi antara manusia. Namun, ia juga membawa satu cabaran kepada pengguna medium tersebut kerana penggunaan kemudahan tersebut sering disalah guna atau dimanipulasi pihak-pihak tertentu.

Jaga sensitiviti dan hormat orang lain

Mutakhir ini timbul pelbagai isu yang membawa kepada perbalahan antara satu sama lain. Semuanya kerana ada pihak tidak menjaga sensitiviti pihak lain dalam  berkomunikasi termasuklah dalam penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini.

Islam mengajar kita untuk menghormati orang lain termasukah golongan bukan Islam dan ia merupakan salah satu dakwah kepada mereka. Akibat dari sesetengah aktiviti di media sosial yang tidak menjaga sensitiviti agama dan kaum ini boleh mencetuskan perbalahan dalam masyarakat terutamanya di Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa dan etnik.

Siasat sebelum share

Tidak dinafikan ramai antara kita hari ini suka menekan butang kongsi atau ‘share’  tanpa menyisat kesahihan berita yang dibaca. Ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan keresahan.

Allah menerangkan dalam al-Quran melalui firman-Nya, apabila datang kepadamu seorang fasik membawa berita, selidikilah berita tersebut.
Sebenarnya tanpa kita sedar, apa yang kita tulis, apa yang kita komen, dan segala tingkah laku yang kita lakukan menunjukkan kematangan kita, tidak kira di alam realiti mahupun alam maya.

Kesimpulannya, kemunculan aplikasi internet yang menjadi trend hari ini perlu digunakan sebaiknya. Kita perlu sentiasa ingat bahawa setiap apa yang kita lakukan akan dicatat walaupun sebesar zarah, samada kebaikan ataupun keburukan.




Read more ...